SUKARELAWAN YES
Monday, June 1, 2020
Monday, October 7, 2019
Wednesday, July 17, 2019
LUKISAN MURAL KENANG TRAJEDI ITTIFAQIYAH
Walaupun usaha dilakukan sekumpulan pelajar dari Politeknik Muadzam Shah, Rompin, menzahirkan kreativiti mereka dalam lukisan mural dianggap kecil ia cukup menyentuh hati masyarakat untuk mengenang tragedi 23 mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Gerak kerja kumpulan 10 pelajar reka bentuk seni visual itu turut mendapat kerjasama Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam, Muadzam Shah, yang memberikan kebenaran menterjemahkan karya pada dinding sekolah berkenaan.
Lukisan mural menggambarkan 11 murid dan pelajar tahfiz lelaki memberikan kata-kata nasihat diterjemahkan pada dinding sekolah berkenaan pada 20 September lalu.
Menurut Pegawai Sukarelawan Politeknik Muadzam Shah, Afzanizam Alias, 37, idea lukisan itu diadaptasi daripada lukisan kartun di Internet yang dipopularkan Comic Geek Resources.“Dalam karya itu, kami turut menambah kata-kata nasihat seperti menjauhi dadah, penekanan terhadap pentingnya solat, menyayangi ibu bapa dan menjadi pelajar hebat di dunia serta di akhirat.
“Kami turut menambah dua karakter kartun pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar hijau dalam lukisan mural itu sebagai kelainan daripada karya asal,” katanya, semalam.
Afzanizam berkata, lukisan mural yang mengambil masa lima jam untuk disiapkan dibantu 12 pelajar tingkatan dua dan tiga SMA Bukit Ibam yang mula dilukis jam 10 pagi.
Dalam kejadian 14 September lalu, 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama yang terbakar.
Sunday, July 14, 2019
PENUNTUT PMS BANTU MASYARAKAT MUSLIM THAILAND
Bagi melahirkan penuntut yang memiliki pemikiran lebih terbuka dan antarabangsa, Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah melebarkan program tanggungjawab sosial mereka ke negara jiran, Thailand. Menjadikan Marakot sebagai lokasi pilihan, pelbagai aktiviti dianjurkan yang memberi fokus kepada masjid dan masyarakat Thailand di kawasan itu.
Pegawai Sukarelawan PMS, Afzanizam Alias berkata objektif utama penganjuran program di negara itu bertujuan melatih penuntut terbabit mengurus dan melaksanakan program di peringkat antarabangsa. Menurutnya, ia juga merupakan program berkonsepkan rentas budaya melibatkan perkongsian dua pihak tentang budaya dan sosial masyarakat.
"Melalui program ini kita mahu penuntut tahu keadaan masyarakat Muslim Thailand di samping mengenali budaya dan sosial mereka. Kita juga berkongsi kelebihan pengurusan masjid disini dengan Masjid Nuril Huda dan imam juga seronok dengan perkongsian itu. Ia dijayakan dengan bantuan tenaga pengajar PMS yang mahir bertutur bahasa Thai," katanya.
Seramai 52 pnuntut bersama 15 tenanga pengajar terlibat dalam program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual itu. Turut sama ialah Pengarah PMS, Dr Shamsuri Abdullah. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu dipenuhi dengan aktiviti melukis mural khat dan pembersihan kawasan Masjid Nuril Huda.
Afzanizam berkata, serahan al-Quran dan sumbangan kepada fakir miskin melalui masjid turut dilakukan selain aktiviti ziarah mesra Muslim Thai. Semua aktiviti sepanjang program berjalan lancar dan menjadi satu kejayaan bagi PMS dalam menganjurkan CSR di luar negara," katanya.
Thursday, May 16, 2019
Tuesday, April 9, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)