Bagi melahirkan penuntut yang memiliki pemikiran lebih terbuka dan antarabangsa, Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah melebarkan program tanggungjawab sosial mereka ke negara jiran, Thailand. Menjadikan Marakot sebagai lokasi pilihan, pelbagai aktiviti dianjurkan yang memberi fokus kepada masjid dan masyarakat Thailand di kawasan itu.
Pegawai Sukarelawan PMS, Afzanizam Alias berkata objektif utama penganjuran program di negara itu bertujuan melatih penuntut terbabit mengurus dan melaksanakan program di peringkat antarabangsa. Menurutnya, ia juga merupakan program berkonsepkan rentas budaya melibatkan perkongsian dua pihak tentang budaya dan sosial masyarakat.
"Melalui program ini kita mahu penuntut tahu keadaan masyarakat Muslim Thailand di samping mengenali budaya dan sosial mereka. Kita juga berkongsi kelebihan pengurusan masjid disini dengan Masjid Nuril Huda dan imam juga seronok dengan perkongsian itu. Ia dijayakan dengan bantuan tenaga pengajar PMS yang mahir bertutur bahasa Thai," katanya.
Seramai 52 pnuntut bersama 15 tenanga pengajar terlibat dalam program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual itu. Turut sama ialah Pengarah PMS, Dr Shamsuri Abdullah. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu dipenuhi dengan aktiviti melukis mural khat dan pembersihan kawasan Masjid Nuril Huda.
Afzanizam berkata, serahan al-Quran dan sumbangan kepada fakir miskin melalui masjid turut dilakukan selain aktiviti ziarah mesra Muslim Thai. Semua aktiviti sepanjang program berjalan lancar dan menjadi satu kejayaan bagi PMS dalam menganjurkan CSR di luar negara," katanya.
No comments:
Post a Comment