SEKOLAH MEN KEB MUADZAM JAYA
30 SEPTEMBER 2019
Monday, October 7, 2019
Wednesday, July 17, 2019
LUKISAN MURAL KENANG TRAJEDI ITTIFAQIYAH
Walaupun usaha dilakukan sekumpulan pelajar dari Politeknik Muadzam Shah, Rompin, menzahirkan kreativiti mereka dalam lukisan mural dianggap kecil ia cukup menyentuh hati masyarakat untuk mengenang tragedi 23 mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Gerak kerja kumpulan 10 pelajar reka bentuk seni visual itu turut mendapat kerjasama Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam, Muadzam Shah, yang memberikan kebenaran menterjemahkan karya pada dinding sekolah berkenaan.
Lukisan mural menggambarkan 11 murid dan pelajar tahfiz lelaki memberikan kata-kata nasihat diterjemahkan pada dinding sekolah berkenaan pada 20 September lalu.
Menurut Pegawai Sukarelawan Politeknik Muadzam Shah, Afzanizam Alias, 37, idea lukisan itu diadaptasi daripada lukisan kartun di Internet yang dipopularkan Comic Geek Resources.“Dalam karya itu, kami turut menambah kata-kata nasihat seperti menjauhi dadah, penekanan terhadap pentingnya solat, menyayangi ibu bapa dan menjadi pelajar hebat di dunia serta di akhirat.
“Kami turut menambah dua karakter kartun pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar hijau dalam lukisan mural itu sebagai kelainan daripada karya asal,” katanya, semalam.
Afzanizam berkata, lukisan mural yang mengambil masa lima jam untuk disiapkan dibantu 12 pelajar tingkatan dua dan tiga SMA Bukit Ibam yang mula dilukis jam 10 pagi.
Dalam kejadian 14 September lalu, 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama yang terbakar.
Sunday, July 14, 2019
PENUNTUT PMS BANTU MASYARAKAT MUSLIM THAILAND
Bagi melahirkan penuntut yang memiliki pemikiran lebih terbuka dan antarabangsa, Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah melebarkan program tanggungjawab sosial mereka ke negara jiran, Thailand. Menjadikan Marakot sebagai lokasi pilihan, pelbagai aktiviti dianjurkan yang memberi fokus kepada masjid dan masyarakat Thailand di kawasan itu.
Pegawai Sukarelawan PMS, Afzanizam Alias berkata objektif utama penganjuran program di negara itu bertujuan melatih penuntut terbabit mengurus dan melaksanakan program di peringkat antarabangsa. Menurutnya, ia juga merupakan program berkonsepkan rentas budaya melibatkan perkongsian dua pihak tentang budaya dan sosial masyarakat.
"Melalui program ini kita mahu penuntut tahu keadaan masyarakat Muslim Thailand di samping mengenali budaya dan sosial mereka. Kita juga berkongsi kelebihan pengurusan masjid disini dengan Masjid Nuril Huda dan imam juga seronok dengan perkongsian itu. Ia dijayakan dengan bantuan tenaga pengajar PMS yang mahir bertutur bahasa Thai," katanya.
Seramai 52 pnuntut bersama 15 tenanga pengajar terlibat dalam program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual itu. Turut sama ialah Pengarah PMS, Dr Shamsuri Abdullah. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu dipenuhi dengan aktiviti melukis mural khat dan pembersihan kawasan Masjid Nuril Huda.
Afzanizam berkata, serahan al-Quran dan sumbangan kepada fakir miskin melalui masjid turut dilakukan selain aktiviti ziarah mesra Muslim Thai. Semua aktiviti sepanjang program berjalan lancar dan menjadi satu kejayaan bagi PMS dalam menganjurkan CSR di luar negara," katanya.
Thursday, May 16, 2019
Tuesday, April 9, 2019
Monday, March 11, 2019
Tuesday, March 5, 2019
Friday, February 22, 2019
PERINGATAN DARI PENGARAH
22.2.2019 MENERUSI WHATSAPP
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tn Pn semua yang dimuliakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tn Pn semua yang dimuliakan.
Sayugia diingatkan bagi poli/kk yang ingin melaksanakan CSR adalah diperingatkan untuk mengelakkan program tidak berasaskan kemahiran yang ada di poli atau kk. Contoh program memungut sampah di pantai dan lain-lain. Program sebegini tidak mencerminkan kemahiran yang dimiliki oleh institusi kita. Kecuali ia adalah program tambahan yang minor. Ia mengaplikasikan penghasilan satu projek atau sistem yang dibangunkan dari kemahiran poli atau kk
Friday, February 15, 2019
Friday, February 8, 2019
Friday, January 25, 2019
Thursday, January 24, 2019
Monday, January 14, 2019
Tuesday, January 8, 2019
MERANGSANG SUKARELAWAN YES
Politeknik Muadzam Shah (PMS) sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar PMS untuk dapat dimanfaatkan kepada masyarakat setempat khasnya. Cabaran yang dihadapi ialan untuk mengubah corak aktiviti kesukarelawan supaya lebih proakaktif di dalam membangunkan kualiti dan jatidiri pelajar secara komprehensif. Inisiatif bukan sekadar menyediakan dana atau sumbangan untuk masyarakat akan tetapi yang lebih penting adalah merangsang semangat sukarelawan yang kreatif dan inovatif bagi mengekalkan kesinambungan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing.
Menyedari pentingnya usaha itu, PMS sentiasa memberi galakan yang berterusan kepada sukarelawan yang terdiri daripada pelajar untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat dan global. Selain daripada itu, PMS juga berhasrat untuk merealisasikan proses pengantarabangsaa pelajar PMS ke luar negara melalui pelaksanaan pelbagai program kemanusiaan sejagat.
Pembabitan itu dapat melahirkan golongan pelajar yang progresif dan dinamik serta menjadi ikon kepada pelajar lain dan masyarakat, berkebolehan dan berkeupayaan tinggi dalam mengurus kepelbagaian serta berani mengambil risiko. PMS juga yakin dapat memberi tumpuan kepada beberapa kategori program yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak tertentu seperti agensi kerajaan dan badan korporat agar dapat bersama-sama membantu masyarakat yang berada didalam kesusahan.
Program yang bakal dianjurkan seperti latihan kemahiran, gerak kerja dan pembangunan sukarelawan akan dilaksanakan bagi memenuhi matlamat PMS yang akan melahirkan pemimpin sukarelawan dan boleh memimpin masyarakat dan negara. PMS sentiasa mengalu-alukan pelajar agar menceburi atau menyertai aktiviti kesukarelawan kerana ia mampu untuk menyumbangkan fikiran dan perkonsian ilmu serta maklumat untuk dimanfaatkan bersama. Menerusi program yang terancang, ia dapat memberi cabaran kepada pelajar untuk membuktikan yang mereka sentiasa bersedia menggalas tenaga, membatu memimpin masyarakat mencapai kemajuan dan kesejahteraan. Bagi memenuhi hasrat itu, pelajar PMS diseru agar dapat membuktikan kepada masyarakat yang mereka adalah golongan intelektual yang berupaya membina negara, bangsa dan sekaligus menyumbang bakti kepada masyarakat sekitar.
Subscribe to:
Posts (Atom)